salam sahabat yg dirahmati Allah....
Ana sayang antum n antunna semua...
Sbg seorang sahabat kpd sahabatnya yg lain....
"Tidak sempurna iman seseorang muslim jika dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri"
Sahabat merupakan orang yang kita cintai,
merekalah yang senantiasa bersama kita walaupun ketika kita dalam keadaan yang susah mahupun senang..
Cintanya mereka pada kita adalah di atas dasar Aqidah namun mengapa ukhuwah ini masih lagi bermasalah?
Mungkin kita masih lagi tidak memahami isi hati sahabat kita, percayailah...
masalah ini berlaku kerana kita lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang sahabat kepada sahabat yang lagi satu..
Kita tidak meraikan apa yang disukai oleh sahabat itu, kita tidak pernah cuba untuk mendekatinya,
kita tidak merasakan bahawa dia penting di dalam persahabatan ini..
Kasihanilah pada sahabatmu,
jagalah hatinya, janganlah kamu merendah-rendahkanya dihadapan sahabat2mu yang lain..
Cintainya dengan sepenuh hati dan sesungguhnya cinta kamu akan dibalas oleh ALLAH S.W.T
tp 1 je masalah ana ni....
utk sahabat ana yg bergelar muslimah,
ana mmg xtau cmne nk bermanja dgn antunna....
ana hanya mampu tunjukkan sayang ana dgn prihatin t'hdp kbajikan antunna...
ana akan bantu slagi ana mampu...
ana cbe memenuhi rukun ukhwah...
Untuk menuju ukhwah Fillah... ameen...
Wallahua'lam....
Ya ALLAH,
kau peliharalah persahabatan ini sebagai mana engkau pelihara alam semesta ini,
kau wujudkanlah percintaan di dalam persahabatan ini seperti mana cintanya para Nabi-nabi dan Rasul-rasul kepadamu,
kau campakkanlah nikmat persahabatan kepada kami,
kau ikatkanlah hati2 kami, kau berikanlah kelapangan dada untuk kami menerima sahabat2 kami,
kau sediakanlah syurga yang terbaik bagi sahabat2ku ini,
kau sediakanlah bagi dia kenikmatan dunia dan akhirat,
kau ampunilah segalah dosa2 sahabatku ini,
izinkanlah aku memohon daripadamu wahai tuhanku yang MAHA BERKUASA serta MAHA BIJAKSANA agar sahabatku ini diredhoi serta dirahmati olehMU seluruh hidupnya,
jadikanlah ukhuwah kami seperti mana Ukuwah Rasulullah S.A.W bersama sehabat2nya, janganlah kau wujudkan jurang di antara kami kerana kami senantiasa merindui serta mencintaimu Ya ALLAH,
Ampunilah dosa sahabatku ini Ya ALLAH,
ampunilah dosa sahabatku ini Ya ALLAH,
ampunilah dosa sahabatku ini Ya ALLAH...
~Sekadar Perkongsian~
p/s : Uhibbukum Lillahi Taala... maafkan ana sahabat....